Logo KBBA

NoVel 1: Tuan Rumah Pembantu Rumah

June 27, 2012

salam 1 malaysia...
nie novel first yang saya mula baca
sejak saya tinggalkan
dunia bacaan novel since i married..huhu (ayat xboleh tahan..)
tetapi itu lah hakikatnya...

i love novel
i love read novel
but i don't have novel...hihi
why????
mmg xpernah beli Novel pun..
xtahu kenapa..
tapi saya mmg xkan beli kot..
SEBAB saya nie xsuka repeat membaca Novel..
cukup untuk sekali bacaan..
dah save dalam otak..kalau baca pula..nanti mesti rasa macam....
"ehhh..aku dah baca la..! xnak la baca...lebih kurang mcm tu la..."
jadi, aku ambik inisiatif baca novel..
JIKA ada orang kasi pinjam..( klu kasi kita baca la..xkasi kita xbaca la..hihi)
saya baca novel bila free aje..

Novel: Tuan Rumah Pembantu Rumah


baca sikit sinopsis yer kot2 terjatuh cinta nanti...

Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”


Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.


Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.


Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.


Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.


Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

nota:nak tahu lebih lanjut berkenaan penulisnya klick sini Tuan Rumah pembantu Rumah

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^