LADANG NIPAH KIPLI

January 18, 2016

Salam..


Citer dah lama tapi nk kongsi juga
Story masa cuti krismas yang lalu..
Dapat cuti yang agak panjang untuk balik ke kampung halaman...
Alhamdulillah apply 4hari cuti 11 hari..hohoho


Kesempatan yang ada tidak ku sia kan..
Selalu kalau cuti panjang2
Memang angkut kakak2 semua suh cuti sekali
Boleh jumpa & makan-makan beramai2..

Kebiasaannya kalau balik ke perlis
Memang kami akan terjah ke PADANG BESAR
dekat je dari umah parent sy dalam 20 minit je 
Tapi kali nie..dah datang angin malas nak redah kesesakan orang awam..maklum aje la cuti umum + cuti sekolah
Mahunya berbatu2 nak dapatkan parking..


So, ubah plak ke LADANG NIPAH KIPLI
area KUALA SANGLANG, PERLIS..
jangan xtahu kuala sanglang ada di kedah dan perlis
sebab SEMPADAN NEGERI..hehehe..
Kalau ke Kuala sanglang, kedah alamatnya x jumpa la Ladang nie..^_^


Dah lama di kongsi tapi baru First time singgah
Sebab utamanya we'oulss x minum air NIRA NIPAH..
ingtkan menu utamanya itu sahaja..
Rupanya macam-macam ada...


Dibuka setiap hari dari jam 1 tengahari
Antara menu yang di sediakan
LAKSA, BIHUN SUP, ABC DAN
TENTUNYA YANG UTAMA AIR NIRA...hehehe
untuk santai-santai di petang hari..
memang sangat di syorkan korang untuk datang..yer...








masa kami pergi beramai-ramai..
time nie mmg ramai orang 25 Disember 2015
hari krismas okay...-__-
perghhh.. siap jem lagi sebab 
 ramai dan jalan masuk kecik jer..muat2 untuk selisih kereta
tapi dah ramai-ramai nie banyak plak yang parking dekat bahu jalan....
mana tak jem nya...

sempat la juga we'oulss  ber selfie bagai...
untuk pecinta alam...
u'oull kena datang  rasa dan nikmati suasana sini..
pondok-pondok nya memang di buat antara pokok-pokok nipah aje

tak mo cakap banyak..mehh la nak belanja gambar
masa dekat sana..
mohon jangan muntah hijaooo...
tuan tanah nak interpremm sokmo...hahahha


saya with kaisara dan ank2 sedara


nak interpremm jap..dalam ladang nipah..pokok nipah tuuuu...hehe




anak teruna kaki bergambar juga...panas katanya nak pakai spek...-_-


husband & kaliff



MAKLUMAT LANJUT: 



Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis telah diusahakan dengan lebih 2,000 pokok nipah yang mengeluarkan air nira nipah yang manis dan terkenal dengan khasiatnya.

Ladang ini juga tersedia pondok-pondok rehat dan buaian-buaian di celah-celah deretan pokok nipah untuk anda bersantai di samping menenangkan fikiran ataupun untuk bermuhasabah diri.


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Kipli +6012-565-7969

Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli



SUMBER : SINI 


nota: next holiday insyallah nak terjah ke sana lagi...^_-






You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^