Logo KBBA

TEDDYVILLE MUSEUM PENANG

September 07, 2016


SALAM...

gudmorning!
sapa nak dengar

CERITA MERDEKA PERMATABIRU

pastinya menarik dan buat u'ooulss semua tertarik hee

excited tak dengar!!!
sebut jer 31 ogos semua orang tahu 
pastinya hari kemerdekaan negara kita MALAYSIA
alhamdulillah merdeka tahun nie dapat abiskan masa sepenuhnya di
PULAU PINANG
heeehehee....

last year dah bawa anak-anak sambut merdeka di Dataran Ipoh
so, this year buat benda lain pula
memang dah lama tak turun penang kan
alang-alang Free aku menjoinkan diri untu sama-sama
dengan #komunitibloggerutara

Tujuan Utama aku semestinya nak jumpa Ahli #KBU
yang tak pernah bersua muka lagi
cuma keep in touch dalam blog dan group wassup je
so, ambik peluang yang ada berjalan-jalan bersama geng-geng blogger
meriah lagi heAven & AWESOME gitu!!!
sampai makan jam juga diaorang tunggu aku yang asyik sesat aje dari satu tempat ke satu tempat
hahaha
maap ye...
tempat orang tak biasa hehehe

Nak storry tentang TEDDY VILLE MUSEUM
ni tempat pertama yang kitaorang pilih
nak sesama berjalan-jalan
memandangkan nama pun teddy bear
aku pun dah dapat bayangkan memang banyak la teddy bear dalam tu
dan bayangan aku memang tak menghampakan
sampai je sana makkkk aiikk banyaknya en.teddy ^_^
sampai kaliff nangis-nangis nak bawa balik teddy bear yang besar-besar -_-
(kaliff mmg suka teddy bear )

Teddy Ville Museum ini adalah muzium teddy bear pertama yang di buka di Malaysia..
wow bangga sekejap Malaysia dah ada muzium seumpama nie,
dari pembacaan aku muzium seperti nia ada satu di korea
so, dah ada kat tempat kita nie kenapa nak pergi jauh-jauh kan..kan..dekat penang je
rasanya memang tak der lagi kat tempat lain dalam malaysia nie
muzium TEDDY BEAR.
yang pastinya akan menarik minat korang untuk datang berkunjung

apa yang ada kat dalam teddyville museum??

nama pun muziumkan watak utamanya dah tentunya teddy bear dari koleksi pertama teddy bear di keluarkan hingga yang termahal dan tertua ada di pamerkan dalam muzium nie.


Teddy bear yang pertama dicipta adalah  pada zaman pemerintahan Theodore Rosevelt ( Presiden Amerika). Menurut En Yap, patung beruang dicipta sebenarnya atas kesedaran kepupusan beruang pada masa tu


yup, teaddy bear yang terdapat di teddy ville museum ini telah di reka khas untuk menunjukkan sejarah, budaya dan cerita-cerita dogeng di dalam negeri pulau pinang.

Kalau korang nak tahu menarik ke tak jemput la ke sana
kat bawah entry nie nanti PB sertakan alamat penuh dan harga untuk masuk ke 
TEDDY VILLE MUSEUM


Sebelum korang scroll laju-laju blog aku
jom cuci-cuci mata melayan
aktiviti kami di sana hari tu

~ENTRANCE ~

#gengbloggerutara




another one...family of #komunitibloggerutara
i luv this moment ^_^



layan pic dekat entrance dulu



comelkan aku..ehh!! silap pula comelkan teddybear tuuu

with kaliff & kaisara dah teruja dah tuuu...budak-budak ni..



hi!! my name is teddy bear...^_^


nie antara teddy yang  paling besar

~DAH LEPAS ENTRANCE BARU NAK MULA MASUK~

jangan lupa bawa powerbank..
rugi kalau bateri habis
nanti tak dapat bergambar-berselfie bersama teddy bear yang sebesar anda..
ohh besar sangat


The important person yang menemai kami sepanjang berada dalam teddy ville  museum
 iaitu Encik Eskay Yap.


koleksi teddy bear tertua di muzium ni

koleksi teddy bear pertama yang boleh bergerak


dan nie koleksi teddy bear terMAHAL..TERMAHAL OK!!
paling mahal seBESAR NIE SAHAJA TAU harga mencecah RM20k..Hehehe (kecil dan comel)


~kat bawah nie kita tengok replika patung beruang yang besar-besar
lebih besar dari aku huhu~


gigih nak tangkap gambar kat sini aku cakap dekat en.hubby patung beruang  nie macam dalam cerita korea...



garangnya!!! lepas era kegemilangan (makan tahun juga )  teddybear nie dah mampu menunjukkan riaksi wajah sedih, garang,senyum,gembira,ketawa (sweet sangatt...)



en.teddy tengah goreng char koew teow sambil nak marah kite la tuuu...xsenyum pun ^_*


penat berjalan tumpang naik beca lakk en.teddy kat belakang tu nak bawa...
jangan bawa laju-laju tau!



yeaahh dapat dating berdua...i like u...l lap u hehe

lapar tak??nak breakfast dengan mereka pun boleh..fuhh tgk nasi lemak meleh air liur kaliff...hahaha nmpk real



comel kan??ahhh mereka pun nak sambut hari raya (antara suasana di hari raya)
kat bawah nie ada sedikit penerangan yang pihak teddy ville sampaikan melalui penulisan
yang menerangkan setiap watak-watak patung beruang yang ada didalam muzium ni
jom baca dan tengok bentuk patung beruang nie...

golongan baba dan nyonya bukan sahaja terdapat di negeri melaka di pulau pinang pun ada yer..


santai-santai minum pagi dengan nyonya heee

tarikan utama pulau pinang- BATU FERINGGHI

BUKAN KITA jer nak beristirehat dekat pantai..patung beruang sini pun tumpang sekaki..

durian palling popular di pulau pinang semestinya di BALIK PULAU..org kata lagi sedap kalau dapat p makan kat sana..verry freshh 

kaliff tengok teddy bear ke tengok durian???hantu durian juga anak aku nie..

~aktiviti penduduk pulau pinang~











last sekali sebelum keluar dari #teddyvillemuseum
korang boleh shopping teddybear yang di jual kat dalam tu
cantik-cantik dan comel-comel belaka
rasa macam nak grab semuanya..







okay..itu sahaja kot story aku untuk hari nie
KORANG RASA TERUJA TAK??
kalau rasa teruja pergi lah melawat patung beruang nie
mereka menanti kehadiran anda!!!

harga tiket seperti di bawah,






HARGA TIKET MASUK:
MyKad - Adult RM27; children RM15; RM22 students

Non-MyKad: Adult RM36; children RM25; RM29 students


ALAMAT:

TEDDYVILLE MUSEUM
(Ground Floor) Doubletree Resort by Hilton Penang
 at Ground Floor (inside the building)
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang, Malaysia.

Email Contact: 
beary@teddyvillemuseum.com

Contact No:
Tel: 016-550 5949


Fb: 
TeddyVilleMuseum 


nota : Teddy Ville museum memang best..jangan lupa singgah ke sana...di buka sepenuhnya tahun hadapan..tapi nak pergi sekarang pun boleh...setiap sabtu dan ahad di buka untuk orang ramai..

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. bestnya tempat tu kan. teringin nak pergilah kalau macam ni :)
    PG suka teddy :)

    ReplyDelete
  2. Banyak betul teddy bear....
    Kalau tengok bear zaman dlu semua muka bengis kan...

    Dah ada sejarah kenapa bear sekarang pakai reben tie

    ReplyDelete
  3. bagus bagus teruskan usaha blogger utara!! ada rezeki kita jumpa lagi yerrr

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^