Logo KBBA

RESEPI : MASAK LEMAK CILI API KEPAH

February 20, 2017

Salam..

New resepi menu di hujung minggu
Amboi nak tunjuk rajin la gitu..hehe
Hujung minggu dapur baru nak berasap
Masak best-best sikit

Tapi macam biasa resepi pb ringkas dan mudah jer



RESEPI  : MASAK LEMAK CILI API KEPAH

BAHAN-BAHAN:

Bawang besar
 bawang putih
halia
cili api/padi
cili besar
Kunyit hidup ( sedikit)

**blander ke semua bahan di atas, anggaran bahan mengikut isi kepah ye..kalau banyak blander la bahan bagi banyak..macam aku masak nie..guna sebiji je bawang besar, secuit halia, seulas bawang putih.

gula/garam
asam keping

CARA MASAK ;

1. Mula-mula tumis bahan yang di blander tadi, minyak sedikit je.
2. Masukkan serai ketuk 2 batang
3.Masukkan garam dan gula sesedap rasa yer..nak makan manis atau masin hee
4. Agak2 bau cili dah masak masukkan kepah
5.Kemudian, santan, lagi pekat santan lagi sedap berlemak gitu,  tambah asam keping 1
6.Api kecik ye lepas masuk santan tak nak naik "Kepala Santan" (istilah orang tua2 yang santan jadi berketul2 tu)so, kecikkan api.
6. Tunggu sehingga kulit kepih terbuka dengan sendirinya..kira dah masak la tu..siap!




taraaa..mudah kan

OHH YE..Lupa nak citer kebetulan menu aku semalam sama dengan kakak aku yang sulung
bezanya tang cara memasak jer..sebab dia buat "shellout" kepah lagi menarik..opss sebelum trlupa nama lain untuk kepah nie LaLa @ Retak Seribu..semua tu adik beradik dia jer ..hahahaa

nanti kita try pula...BERSHELLOUT!
heheh

SELAMAT MENCUBA ^_^

You Might Also Like

7 pesanan ditinggalkan

  1. Kepah ngan kupang tu sama tak? Kupang saya pernah makan... kepah macam tak je...

    ReplyDelete
  2. nyamm nyamm sodapnye nampak tuu.. Tapi last ritu makan sampai sakit perut.. lepas tu dah takut nak makan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. My feveret ... susah nk cri kepah ni ..tp time bulan puasa byk pulak menu kepah

    ReplyDelete
  4. Masak macamni sedap. masak tumis pun sedap. dua-dua sedap hehehe. tapi ni macam lala. ke sama je?

    ReplyDelete
  5. hmmm... seleranya....


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^