//]]>

SINOPSIS DRAMA SAMARINDA MENANTI FEBRUARI

April 05, 2017

Menanti Februari


Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3 bertajuk Menanti Februari. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari akan mula tayangannya mulai 3 April 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MENANTI FEBRUARI 
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal
IDEA ASAL : Keyroll Kiasan
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd
PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin, Juedian Omar, Dato Rahim Razali, Kirana Batrisya, Nurman Salleh, Helvera Susanti 

WATAK PELAKON 
Nur Fathia Latiff sebagai Fiza
Zul Ariffin sebagai Arie
Afiq Muiz sebagai Edi
Riz Amin sebagai Hisyam
Juedian Omar sebagai Lia
Wan Nor Azlin sebagai Pn Sofea
Dato Rahim Razali sebagai En Haris
Kirana Batrisya sebagai Intan
Nurman Salleh sebagai En Fuad
Helvera Susanti sebagai Pn Asmah

LAGU TEMA / OST MENANTI FEBRUARI 
iamNeeta - Sakit
Forteen - Apa Ini Cinta
Aiman Ismail  - Cinta Palsu
Video → LINK

SINOPSIS MENANTI FEBRUARI 
Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bula Februari. Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.


SUMBER : SINI

BAGI AKU JALAN CERITA NAMPAK MACAM RINGKAS tapi semalam sempat juga
nmpk macam berat juga jalan crita ada konfliks kekeluargaan gitu..apa-apa pun aku suka lakonan fathia dan zul ariffin..so mungkin kena tengok selalu haha. nampak macam best 

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Best ehh cerita nie ? Yana tak terjebak lagi .. Hehehe

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^