//]]>

SEPETANG DI KUALA PERLIS

May 17, 2017

Salam

Selamat tengahari semua
Tajuk ai tak boleh blah..hahaha
Sempena negeri perlis yang sedang bercuti hari ni..
sempena ULANGTAHUN KEPUTERAAN RAJA PERLIS
Makanya aku nak update juga blog hihi
Mood bercuti "BEREHAT DI RUMAH SAHAJA"
En.hubby kerja sbb tempat kerja dia dekat kedah hehehe
tak cuti hahahaha

Last week,
Aku yang kebosanan di rumah adalah
Ajak..en.hubby ke kuala perlis
Kalau korang tak tahu..
haaaa... meh sini aku nak bagitau
Kuala perlis terkenal dengan makanan bernama "Lokching" macam mana rupa?
Korang google la ehh
Tapi aku punya favorite kalau ke kuala perlis
Memang wajib makan lokching nie... hehehe
Kalau orang luar selalu cari laksa kuala perlis la kan kan...

Okay! kedai jual lokching nie banyak jer
sepanjang persisiran pantai kuala perlis
kalau petang-petang memang ramai orang area sini
ambik angin pantai..lepak-lepak santai
sambil makan laksa & ais kacang gitu...
Aku suka makan lokching sbb di bakar panas2 cicah sos+mayo perghhh sedapp wehh..

selain lokching,
dekat persisiran pantai kuala perlis nie
ada juga gerai-gerai yang menjual
mentarang, kepah & kerang...kalau nak cari yang fresh2 kat perlis nie..
boleh la cari dekat persisir pantAi kuala perlis ni...



ohh ya satu lagi..
kalau nak cari belacan fresh, atau kilang buat belacan haa dekat area sini laa..cuma kena naik atas sikit ke area SUNGAI BARU...
IKAN2 kering pun adoo..


Sebenarnya selain padang besar, kuala Perlis juga merupakan salah satu tarikan pengunjungg ke Negeri perlis 
sebab area sini juga terletaknya jeti ke LANGKAWI
kalau time-time cuti sekolah..kawasan parking kuala perlis nie memang penuh dengan kenderaan dari luar..



sebabnya ramai yang memilih ke langkawi melalui
kuala perlis berbanding kuala kedah
mungkin kerana jarak perjalanan feri yang lebih singkat kot lebih kurang 45- 60 minit sahaja ke langkawi


dekat kan..kan..
aku yang duduk dekat area kangar pun 
tak jauh mana pun nak ke kuala perlis
lebih kurang 15 minit je..
sebab tu kalau ada cuti atau masa terluang 
destinasi paling dekat ke Kuala perlis la..hihi

alhamdulillah dah hampir 5 bulan di negeri perlis
kini menetap sepenuhnya disini
lepas rumah baru yang aku bina tahun lepas siap sepenuhnya Januari 2017 hari tu
lepas nie "PERLIS DI HATIKU " Hihihi
sebab dah tak perlu merantau lagi..
dah balik ke tempat asal ^_^ #SYUKUR 





You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. ala bestnyer kat sini takde pantai huks

    ReplyDelete
  2. Seronok ambik angin tepi pantai kan.. Tenang jer

    ReplyDelete
  3. laa dr perlis rupanya..
    nti boleh la jpa kalau ada jodoh kan insyallah

    ReplyDelete
  4. Sepanjang hayat tak pernah sampai perlis huhuuu

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^