//]]>

DASHING ANYTIME EDT POCKET

September 06, 2017




Dashing salah satu jenama wangian untuk lelaki yang telah lama berada dipasaran. Dengan haruman yang berkekalan mampu menarik perhatian orang yang menghidu bauannya. kini Dashing tampil dengan edisi DASHING ANYTIME EDT POCKET yang lebih kecil dan mudah di bawa ke mana-mana.

Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik.. Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari. -  kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. 





Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.  


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick.  


Model cilik nak beraksi dengan Dashing Cool & Active


COOL

Cool, haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

ACTIVE

Active, khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.  

yess berjaya pujuk papa..adik kaliff punya haha ( seronok la tu )



ULTIMATE KICK

Ultimate Kick, wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.  

HATTRICK

Hattrick, jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.   

DASHING Anytime EDT 18ml ni dijual pada harga RM7.00 dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

jom dapatkan di pasaran..wangi ^_^

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-  

Website

Facebook

Instagram

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^