//]]>

SINOPSIS DRAMA KEKASIH PAKSA RELA SLOT AKASIA

January 04, 2018

Kekasih Paksa Rela



Drama sebanyak 28 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Pelakon utama ialah Remy Ishak, Intan Najuwa, dan Ain Edruce. Akan ditayangkan di TV3 bermula 26 Disember 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.

JUDUL : KEKASIH PAKSA RELA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa, Sharifah Asyikin, Feiyna Tajudin, Mak Wan

WATAK PELAKON 
Remy Ishak sebagai Adham
Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
Ain Edruce sebagai Rosnaida
Jalaludin Hassan sebagai Dato Azman
Aman Gaseka sebagai Kamal
Dayang Areeda sebagai Shiqin
Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
Emelda Rosemila sebagai Suraya
Fizz Fairuz sebagai Yusman
Fatin Afeefa sebagai Zilla
Khaty Azian sebagai Puan Zuraida
Nynaa Harizal sebagai Nonie
Wan Julia (Mak Wan) sebagai Mak Senah
Azhar Amir sebagai Dato Idrus
Sharifah Asyikin sebagai Reena
Feiyna Tajudin sebagai Juju

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Pasti
Artis : Cherpen Band


Hasil carian imej untuk kekasih paksa rela

SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA 

Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?

sumber : sini

kenapa baru hari ini aku update? hahaha aku dah pun terjebak weh! mula-mula tengok tu macam malas je nak follow #drama lagi. sebabnya nanti aku memang sayang nak tinggalkan time drama tu hehehe. tapi di sebabkan jalan cerita dan mungkin sebab heronya juga..aku pun dah terminat dan ternanti-nanti pula babak seterusnya.So, untuk korang yang tak berkesempatan menonton lagi baik siap sedia marathon balik drama nie dari episod 1. hari nie tak silap aku dah masuk minggu ke dua #kekasihpaksarela ^_^ best !


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Nampak gaya best, tahun ni berjaya tak tengok drama lagi...

    ReplyDelete
  2. makin banyak pula eh orang review cerita ni..best kah?

    ReplyDelete
  3. seram nak start tgk drama takut tersangkut

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^